Assalamualaikum....
Kali ni aku nak cerita tentang perihal 'Tabek'. Aku rasa selain dari orang minang Sumatera tak tau apa dia tabek ni. Tabek, kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia bermaksud kolam. Orang kat sana panggil kolam dengan perkataan tabek. Lepas ni, kalau ada orang nak menggunakan istilah secara sinis, bergurau atau nak perlekeh, terpulang la sbb istilah ni tak membawa maksud yang buruk pun. Cumanya mungkin dari bunyinya yang pelik dan lawak.
Ok kenapa aku nak cerita pasal tabek ni? Ada sebabnya.... Bagi sesiapa yang berpeluang untuk ke Sumatera Barat, terutama ke Bukittinggi, korang mesti terkejut, sbb korang akan dapati hampir ke semua rumah yang ada di Bukittingi ni mempunyai sekurang-kurang satu tabek yang kecil. Bahkan adakalanya kedapatan beberapa buah tabek yang cukup besar, bergantung pada keluasan tanah yang dimiliki oleh seseorang itu.
Begitu juga dengan keluarga aku di sini, mereka juga ada tabek masing-masing. Contohnya, tabek bagi keluarga sebelah mak aku, ada lebih kurang 3 buah tabek. Satu daripadanya berkongsi dengan pihak masjid. Manakala bagi keluarga belah ayah aku, ada banyak tabek. Dan tabek ni bukan milik keluarga ayah aku je, tapi dimiliki bersama keluarga besar ayah aku. So masing-masing boleh guna dan ambil manfaat daripada tabek-tabek tersebut.
Antara fungsi utama tabek-tabek ni, sebagai tempat memelihara ikan. Antara ikan yang ada, ikan merah. Ikan jenis lain, aku tak berapa tahu. Jadi, kalau merasa nak makan ikan, just tangkap je sendiri ikan-ikan.
Fungsi lain tabek ni, sebagai tempat untuk mencuci pakaian, membasuh wartel (lobak) dan ada yang menggunakannya untuk mandi. Tapi yang paling best sekali, sebagai tempat untuk b***k. Hehehehe... Bagi korang mungkin menjijikkan, tapi itulah realiti yang berlaku.
Satu kelebihan tabek ni ialah dimana punca airnya adalah satu, iaitu air yang datang dari Gunung Singgalang dan Merapi. Penduduk di sana merekacipta satu bentuk saliran yang mana mereka takung air sehingga menjadi tabek, dan kemudian dibuat saliran lain supaya air tersebut dapat disalirkan ke tabek yang lain. Dan begitu la seterusnya sampai ke muara sungai. Sebab itu jarang nak jumpa tabek yang kekeringan air, melainkan kalau mereka yang keringkan sendiri dengan tujuan untuk menangkap ikan.
Itu lah dia serba sedikit tentang tabek....

SUBHANALLAH
Tabek kat rumah 'Bako' ayah aku
Abg ipar aku sedang khusyuk memancing di tabek sebelah rumah 'bako' ayah aku (tak dapat ikan kat kolam ni)
Anak sedara aku yang teramat sibuk memancing di tabek rumah makcik aku (kesian kat syamil, menangis sebab tak dapat ikan...hehehe)