Kali ni aku nak cerita sikit perihal 2 gunung yang ada kat kampung aku. Gunung yang aku maksudkan tu ialah Gunung Singgalang dan Gunung Merapi.
Kedua-dua gunung ni bersebelahan antara satu sama lain. Mengikut maklumat yang aku perolehi semada di Bukittinggi, kedua-dua gunung tersebut adalah di antara jenis gunung berapi pernah memuntahkan laharnya. Kali dilihat dari kawasan rumah mak dan ayah aku di kampung, Gunung Singgalang berada di sebelah kanan, manakala Gunung Merapi di sebelah kiri. Gunung Singgalang pada hari dah tak aktif lagi, dengan kata lain, dah tak mengeluarkan lagi laharnya. Sekarang ni gunung ni jadi sumber air yang cukup bagi penduduk kat kawasan ni. Manakala gunung satu lagi yang masih lagi aktif adalah Gunung Merapi, dan kalau tak silap aku, setiap 5 tahun, akan berlaku gegaran. Sekarang ni pun, kalau waktu petang, memang aku nampak sendiri di salah satu puncak Gunung Merapi ada keluar asap, tapi dalam kuantiti yang sedikit.
Aku rasa, kedua-dua gunung ni dah jadi mercu tanda di Bukittinggi sebab pemandangannya cukup cantik. Memang setiap kali aku balik kampung, aku cukup takjub dan kagum dengan ciptaan tuhan ni. Rasa tenang je tengok panorama indah ni. Dan aku rasa jugak, cukup dengan dua gunung ni dah mampu untuk buatkan kita untuk nak datang lagi ke sini.
SUBHANALLAH...SUBHANALLAH
Ni Gunung Singgalang
Ni Gunung Merapi. Puncak yang sebelah kanan yang akan keluar asap pada waktu petang.