25 March 2008

Lagi gambar Nu'man

Bersama Opah dan Tokwan

Baru sembuh dari jaundis

13 hari. Cukur rambut di Perak

Abu dan Ummu Nu'man

10 March 2008

Another milestone in my life!

Sekali lagi aku bakal menempuh satu lagi batu tanda dalam kehidupan aku. Satu pengalaman yang terlalu jarang sangat bermain dalam kepala, tapi kini hanya tinggal beberapa hari lagi aku bakal melalui pengalaman tersebut. Insya allah, pada hari Rabu ini (12 Mac 2008) bakal menyaksikan seorang lagi mujahid al-daiah akan lahir di muka bumi, akan memulakan perjalanannya sebagai seorang manusia, yang bakal akan mengenali Tuhannya, memahami agamanya, serta akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia. Dan aku bersama zaujah tercinta akan memulakan tugas baru untuk mewarnakannya cocok dengan kehendak agama. Doakan kami agar kami diberi kekuatan untuk melakukkannya dan tetap thabat di dalam jalan yang dilalui agar anugerah Allah ini tidak akan menjadi penghalang dan fitnah, bahkan akan menjadi pendorong dan saham untuk di akhirat kelak.

Aminn...!

PRU 12 2008

Alhamdulillah, proses Pilihanraya Umum kali ke 12 tahun 2008 selesailah sudah. Dan aku sendiri akhirnya diberi peluang untuk membuang undi buat kali pertama setelah terlepas untuk menunaikan tanggungjawab tersebut pada pilihanraya yang lalu (2004) kerana berada di Jordan. Dan menjadi satu pengalaman baru buat aku, dalam keadaan pertama kali mengundi dan juga pertama kali merasakan kemenangan bagi pihak yang aku undi. Terasa cukup puas hati dan berbaloi dengan masa yang aku luangkan untuk pergi membuang undi. CUKUP BERBALOI & BERPUAS HATI. Harapnya, pihak yang menang di Parlimen Titiwangsa dapat menunaikan amanah serta menjalakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

p/s kecewa sebab takde kamera. Kalau ada, boleh post dalam blog ni beberapa keping gambar sekitar suasana pilihanraya kat kawasan aku huhuhu. Tapi yg bestnya, waktu buang undi hari tu, siap boleh nampak lagi undi orang lain kat dalam peti undi. BULAN beb...!

01 March 2008

NOOB Killer

Alhamdulillah, masalah virus yang melanda pc aku baru ni dah pun selesai. Setalah mencari-cari dalam internet tentanga macamana nak solve masalah virus ni (sila rujuk posting sebelum ni) akhirnya terjumpa juga. Sebenarnya banyak caranya, tapi aku pilih yang mudah, dengan memuat turun satu program antivirus bernama NOOB Killer. Origin kepada program ni adalah dari Filipina. So lepas sahaja aku install dan execute program ni, akhirnya semua virus tadi telah dinyahkan dari pc aku. Tiada lagi virus tu. So lepas ni, aku kena lebih waspada bila nak insert mana-mana pendrive kat pc aku. Nanti tak pasal-pasal kena virus sekali lagi.